Salam.
Ha.. tajuk nak propa je.
Harus lah kannn...
Sebab hari Jumaat ni ada masa lebih sikit nak lepak dengan kawan-kawan masa Degree BLS. Masing-masing gigih balik awal dari cuti mid semester break semata-mata nak siapkan kerja-kerja di firm masing-masing. Wahh gitu. Gigih sangat kawan-kawan aku ni. Yela sejak masuk LLb Hons ni, yang paling malas waktu degree BLS pun jadi manusia rajin tahu tak? Nampak tak apa LLb Hons dah buat kat kawan-kawan aku?
Bagi mereka yang tertanya-tanya Law Degree UiTM, nanti aku cerita kat entri lain. Ni nak fokus topik lain yang di ilhamkan daripada kehidupan kawan-kawan LLb aku tu. Nak jumpa sorang-sorang bukan main susah. haih
Apa best nya jadi Loyar ni?
Selain mem-loyar buruk.. which is the lamest joke I've ever heard since forever!
Aku bukan lah orang paling layak nak komen pasal kehidupan hitam putih seorang Peguam ni. Sebab aku baru sangat bekerja. Belum pun jadi Pelatih dalam kamar (Chambering). Tapi aku hanya boleh bagi apa yang aku dapat lihat dari kaca mata budak baru bekerja ni....
1. Mana ada lawyer handsome pun!
Mungkin aku belum jumpa yang handsome. Mungkin. Setakat 3 tahun belajar Pengajian Undang-Undang ni, tak ada seorang pun yang boleh di kategorikan sebagai eye candy. Kalau ada pun, aku pernah terpandang seorang. Kalau dua kali toleh tu makna nya ada la tarikan di situ. (amboi). Kalau sekali toleh je, faham-faham la kan..
2.Lawyer pun sengkek.
Ya benar. Nampak macam masyuk. Tapi percaya lah, segala nya bermula dari bawah. Kawan sepejabat aku bercerita pasal budak-budak Chambering di sekitar Shah Alam di bayar dengar kadar RM300 sebulan. Itu kadar paling minimum yang pernah aku dengar. Tapi ye lah kan, cakap-cakap orang ni kita dengar je. Tapi bayangkan la RM300 sebulan tu macam mana kau nak harungi hidup di saat kau mula-mula bekerja.
Kalau ada financial support lain, Alhamdulillah.
Cuba kalau mereka yang baru mula bekerja dan acah-acah nak berdikari guna duit sendiri, bagaimana?
Ni bukan nak mengadu gaji sikit atau tak bersyukur. Sebelum nak komen atau komplen kata tak bersyukur, cuba anda di tawarkan jumlah sebanyak itu....kalau anda terima dan bersetuju dengan niat untuk belajar, Alhamdulillah. Mulia sungguh sifat anda.
waima anda lepasan sarjana muda ke sarjana tua ke, kalau pengalam tu sikit atau tiada langsung, tak perlu nak demand bayaran gaji yang tinggi. Harap maklum.
Satu lagi, kalau firm yang baru atau firm yang kecil, mereka akan buat 2,3 cabang yang berlainan. Kalau buat satu cabang (i.e conveyancing) sahaja, kalau file semua dah setel, mana nak cekup duit lagi?
3.Lawyer dan Marketing
Ya benar. Memang di nyatakan dalam Legal Profession Act dan tatacara peguam yang ada bahawa Peguam tak cari Pelanggan. Tapi dek kelambakan loyar-loyar yang ada, Peguam juga kena turun padang dan buat marketing sendiri. Networking itu tak di nafikan memang sangat perlu dan penting dalam memastikan pejabat peguam anda tu sentiasa berbunyi dengan panggilan telefon atau mesin fax dan bukannya bunyi aircond semata.
We need to pay bills too.
Mungkin pekerjaan Peguam ni gah pada zaman filem Ibu Mertuaku sahaja kot. Ibu Mertua sekarang ni kebanyakan dah terbuka sikit dalam memilih calon menantu. eheh..
..to be continued...
Tuesday, 12 November 2013
Thursday, 7 November 2013
Apa Nak Makan Esok?
Salam
A quick post on something i got from our weekly class with Ustaz Shazly Khan from iMuslim.
Kindly visit their website (www.imuslim.my) and LIKE their Facebook page to support.
Point yang saya ambil ni dari kelas beberapa minggu yang lepas yang saya kaitkan dengan diri sendiri.
Apa-apa yang kita buat, cuba kaitkan dengan diri sendiri/ daily routine supaya kita dapat reflek aka muhasabah diri.
Kuliyyah tu pasal Sirah Nabi (tak ingat Nabi yang mana satu.. Munkin pasal Ibrahim A.S). Ada selingan pasal rezeki.
Ust Shazly Khan kongsi pada kami bahawasa nya Imam Malik tak pernah risau akan rezeki atau apa yang hendak di makan pada esok hari. MashaAllah.
Sebab apa.?
Sebab beliau yakin yang Allah akan jaga makan pakai nya.
Kita sebagai hamba, buat apa yg di suruh. Taat dan patuh akan perintah Allah & Allah sebagai Pencipta kita, Dia yang akan jaga kita.
Mudah kan?
Kita ikut cakap Allah, Allah jaga kita sebab kita ni hamba dan ciptaan Nya.
Dalam kisah Imam Malik tu, sahabat dan orang sekeliling duk tanya pada beliau; tak risau atau terfikir pasal bekalan makanan esok hari? ( macam tu la lebih kurang pertanyaan nya. Ni saya revised ikut senang nak tulis dan faham).
Okay. Tengok diri kita.
Sibuk dan jenih fikir nak makan apa itk esok hari, kan?
Soalan paling susah nak jawab hari demi hari
"Nak makan mana hari ni?"
Habis restoran dah kita duk fikir. Yang mana tak cuba lagi. Kedai mana yang mahal atau murah.
Saya reflek pada situasi saya yg tengah nak hujung-hujung bulan tu, duk korek tin biskut. Menghabiskan saki baki biskut Hi Fibre Low Sodium yang ada sambil fikir nak makan apa esok nya.
(Nak juga selit pemakanan sihat di situuuu... )
Saya dalam dilema dalam mencari makanan yang murah dan sedap. Dalam masa yg sama, tekak duk mengidam makanan yang merepek dan lebih budget. Heh
Kadang-kadang mengidam Nasi Penyet Nusantara kat Shah Alam ni. Memang la nampak macam
"Hek eleh. Ayam penyet pun mengidam?"
Tapi kalau dah ayam dia besar dan sedap, mana tak mengidam? Harga dalam RM8.70 (ayam RM7.50. Nasi putih RM1.20) untuk take away. Dine in kena tax 6%
Tapi nak makan tu pun, mau lari juga belanjawan harian yang mengehadkan perbelanjaan makan hanya RM5 sehari.
"Mana dapat makanan RM5 oiii...?"
Bila dah mengidam tu, berusaha juga la nak ke kedai tu. Tapi selalu je ada halangan. Tengok-tengok makan benda lain. Yang best nya, kita nak makan yang murah dan sedap (kalau tak sedap pun, asal sedap nak telan pun cukup la kan), Allah bawa kita kepada sumber makanan yg lain. Yang murah dan ikut budget kita.
Subhanallah.
Tak dapat ayam penyet, Allah bagi rezeki makan rojak sotong (Rojak Karim) RM4.70 tunai.
Bawah budget RM5/hari kan?
Tu lah. Nak dijadikan cerita.
Kita duk pening-pening fikir atau rancang nak makan apa esok nya sedangkan Imam Malik tak risau sikit pun esok dia makan apa.
Sejak kerja ni, saya banyak kali kengkonon nak jimat duit belanja, tak mau makan mahal-mahal. Kadang-kadang tu ada juga la makan makanan yg lebih dari budget RM5. Kadang-kadang tu dalam sehari tak keluar duit belanja makan langsung! Yang paling best bila kawan belanja tiba-tiba.
Allahuakbar.
So, lepasni tak yah pening nak fikir sangat nak makan apa dan di mana.
Mana kaki tu melangkah, mungkin tu la tempat yang Allah nak kita tuju.
Tapi kalau melangkah ke tempat yang mencurigakan atau tempat haram la senang cerita..mungkin Allah nak uji daya tahan kita.
Bersangka baik lah pada Allah :)
Allahua'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)