Salam.
Ha.. tajuk nak propa je.
Harus lah kannn...
Sebab hari Jumaat ni ada masa lebih sikit nak lepak dengan kawan-kawan masa Degree BLS. Masing-masing gigih balik awal dari cuti mid semester break semata-mata nak siapkan kerja-kerja di firm masing-masing. Wahh gitu. Gigih sangat kawan-kawan aku ni. Yela sejak masuk LLb Hons ni, yang paling malas waktu degree BLS pun jadi manusia rajin tahu tak? Nampak tak apa LLb Hons dah buat kat kawan-kawan aku?
Bagi mereka yang tertanya-tanya Law Degree UiTM, nanti aku cerita kat entri lain. Ni nak fokus topik lain yang di ilhamkan daripada kehidupan kawan-kawan LLb aku tu. Nak jumpa sorang-sorang bukan main susah. haih
Apa best nya jadi Loyar ni?
Selain mem-loyar buruk.. which is the lamest joke I've ever heard since forever!
Aku bukan lah orang paling layak nak komen pasal kehidupan hitam putih seorang Peguam ni. Sebab aku baru sangat bekerja. Belum pun jadi Pelatih dalam kamar (Chambering). Tapi aku hanya boleh bagi apa yang aku dapat lihat dari kaca mata budak baru bekerja ni....
1. Mana ada lawyer handsome pun!
Mungkin aku belum jumpa yang handsome. Mungkin. Setakat 3 tahun belajar Pengajian Undang-Undang ni, tak ada seorang pun yang boleh di kategorikan sebagai eye candy. Kalau ada pun, aku pernah terpandang seorang. Kalau dua kali toleh tu makna nya ada la tarikan di situ. (amboi). Kalau sekali toleh je, faham-faham la kan..
2.Lawyer pun sengkek.
Ya benar. Nampak macam masyuk. Tapi percaya lah, segala nya bermula dari bawah. Kawan sepejabat aku bercerita pasal budak-budak Chambering di sekitar Shah Alam di bayar dengar kadar RM300 sebulan. Itu kadar paling minimum yang pernah aku dengar. Tapi ye lah kan, cakap-cakap orang ni kita dengar je. Tapi bayangkan la RM300 sebulan tu macam mana kau nak harungi hidup di saat kau mula-mula bekerja.
Kalau ada financial support lain, Alhamdulillah.
Cuba kalau mereka yang baru mula bekerja dan acah-acah nak berdikari guna duit sendiri, bagaimana?
Ni bukan nak mengadu gaji sikit atau tak bersyukur. Sebelum nak komen atau komplen kata tak bersyukur, cuba anda di tawarkan jumlah sebanyak itu....kalau anda terima dan bersetuju dengan niat untuk belajar, Alhamdulillah. Mulia sungguh sifat anda.
waima anda lepasan sarjana muda ke sarjana tua ke, kalau pengalam tu sikit atau tiada langsung, tak perlu nak demand bayaran gaji yang tinggi. Harap maklum.
Satu lagi, kalau firm yang baru atau firm yang kecil, mereka akan buat 2,3 cabang yang berlainan. Kalau buat satu cabang (i.e conveyancing) sahaja, kalau file semua dah setel, mana nak cekup duit lagi?
3.Lawyer dan Marketing
Ya benar. Memang di nyatakan dalam Legal Profession Act dan tatacara peguam yang ada bahawa Peguam tak cari Pelanggan. Tapi dek kelambakan loyar-loyar yang ada, Peguam juga kena turun padang dan buat marketing sendiri. Networking itu tak di nafikan memang sangat perlu dan penting dalam memastikan pejabat peguam anda tu sentiasa berbunyi dengan panggilan telefon atau mesin fax dan bukannya bunyi aircond semata.
We need to pay bills too.
Mungkin pekerjaan Peguam ni gah pada zaman filem Ibu Mertuaku sahaja kot. Ibu Mertua sekarang ni kebanyakan dah terbuka sikit dalam memilih calon menantu. eheh..
..to be continued...
No comments:
Post a Comment