Semangat nak menulis ku seakan berkubur.
Blog pun jarang nak update. heh.
Malas.
Banyak benda nak di luahkan dalam bentuk penulisan tetapi jejari yang tak runcing ni malas nak taip biarpun dah install Blogger apps dalam phone.
Di sebabkan dah terlepas dateline untuk hantar #CerpenSusurMasa kat @_ahmadboii , post kat sini je lah cerpen yang sekerat jalan itu..
p/s: fret not, luckily my write up about my Manila been published in a magazine. I wouldn't be so brokenhearted that I didn't manage to submit my cerpen..
here goes....
“Sebenarnya
Lily nak promote insurans. Insurans ni cover medical dan financial. Lily dah
setahun amik insurans ni”
Aku dah agak.
Persahabatan masa kini bukan begitu mudah. Oh,
maafkan aku. Bukan sahabat tetapi kawan. Ada beza yang amat ketara antara dua terma
itu. Dialog di atas bukan lah dialog antara sahabat tetapi dialog antara kawan.
Masakan tiada angin, tiba-tiba sahaja pokok bergoyang. Tiba-tiba sahaja
terpampang di chatbox Facebook bertanyakan khabar.
Mahu saja aku semburkan ayat pedas
“Apa kau nak?”
Aku ada adab dan santun dan juga ada didikan agama.
Lantas jari ku membalas ringkas
“Oh hai Lily.sihat saja. Kenapa ni?”
Biar soalan tepat pada pangkal hatinya. Tak perlu
nak bermukadimmah dua,tiga baris biarpun Facebook chat tu percuma. Cuma makan
kuota internet kau sahaja. Melainkan kau curi WiFi orang.
“Eh, tak ada apa. Saja Tanya khabar. Masih belajar
lagi?”
Soalan paling aku malas nak jawab adalah soalan
pasal ni…
‘Masih belajar lagi ke?” atau “Kerja ke belajar?” atau
“Bila habis belajar?”
Learning is a life-long journey. Tak akan kau ingat
orang tu perlu belajar sampai Degree sahaja? Atau sampai Master sahaja? Apa
jadi pada mereka yang ambil lesen sebagai juruterbang? Mereka yang memilih
menjadi kelasi kapal? Mereka itu semua tidak memalui proses pembelajaran macam
kau?
Aku menjawab seringkas mungkin kerana aku tahu bukan
itu tujuan dia untuk chatting dengan ku. Kemudian tiada balasan daripada Lily.
Heh, Nampak tak permainan dia di situ? Manusia macam
ini kalau ada banjir datang dan aku diberi peluang untuk selamatkan hanya
seorang mangsa, antara seorang yang tidak dikenali dengan insan bergelar kawan
sebegini perangai, aku lebih rela pilih insan tidak dikenali itu.
Dua hari kemudia Lily hantar mesej melalui inbox
Facebook. Nah, panjang lebar penjelasan pasal insurans. Bukan perbuatan keji
pun hendak mempromosikan kebaikan insurans. Tetapi cara dia datang pada kau tu
yang buat kau tak nak baca pun mesej dia. Kau boleh promosi insurans kau secara
am biar semua orang tahu dan boleh ambil tahu. Come on lah, orang yang kau tak
berapa nak rapat tiba-tiba tegur kau secara private message. Ada dua
kemungkinan je orang approach kau sebegitu.
Pertama, “Hai Salmah, sihat? Nak mintak alamat
boleh? Nak hantar kad kahwin” Salmah pun membalas “OMG! Tahniah! Bila?” and the
conversation continues.
Kedua, insan yang meminta pertolongan. Bukan aku
kata meminta tolong itu suatu yang hina. Bukan. Kalau minta tolong sesuatu
seperti sedekah dan sewaktu dengannya, aku berbesar hati nak tolong. Kalau
minta beli barang, promosi barang, promosi produk atau tolong jual kan barang
hanya kerana kau seorang tweetfamous atau FacebookFamous atau InstaFamous,
kirim salam dan minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki saja lah. Itu
nama nya mengambil kesempatan. Biasalah kan, bila kawan kau seorang yang
terkenal, ramai yang datang selit celah kangkang. Bila kawan kau seorang rakyat
marhaen yang biasa saja, yang tiada akaun laman sosial, kau anggap dia jumud.
Hell no.
Bagi menjaga hati dan tatasusila, aku tidak membalas
apa-apa kepada Lily. Bukan kami tidak berkawan. Bukan. Cuma, perhubungan antara
kami seperti sebuah handphone Nokia. Bila iPhone dah rosak, baru nak cari Nokia
sebagai spare. Aku bukan spare phone okay. Kenapa dia tak tanya saja
kawan-kawan dia yang lain? Malu? Takut kena gelak sebab jadi ejen insurans?
Bukan kau buat salah pun.
Malas nak fikir pasal kawan sebegini. Kawan-kawan
aku ramai juga jadi ejen insurans. Tapi mereka datang cara berhemah. Tak perlu
bermuka-muka.
bertapa tergantung nya cerita ini sampai tajuk pun tak ada. heh.
Lain kali aje la jari ini menulis...menaip barangkali.. =)
No comments:
Post a Comment