Tuesday, 22 October 2013

Perempuan Banyak Cakap. Lelaki Banyak Pendam

salam.

Ni masalah nya...
Kita orang perempuan ni memang agak nya ada lumrah suka atau senang memberitahu dan mengadu.
Sebab tu bila bab bergossip dan mengumpat, suka di kaitkan dengan kaum wanita. Suka benor sharing session.
Orang laki ni lebih suka pendam. Konon tak nak susahkan orang. Memang bagus sikap 'berdiam lebih baik' ni. Tapi ada risiko nya. Kalau cik abang pendam sensorang, memang la cik akak tak faham sikap cik abang. faham?

Saya berborak dengan mak saya weekend lepas. Cakap pasal soal ni la.
'the problem with the people is they DO NOT tell other people what they want and expect people to understand them"

Ya, Masalah komunikasi dan memberitahu,
Istilah "pandai-pandai la (nak faham)" tu ada had penggunaan dia. Tak semua orang boleh faham atau senang faham atau senang faham dengan ayat atau bahasa tubuh yang anda pakai/ applikasi kan.

Kalau semua nak di duga, dah lama saya duga isi hati tuan hamba. heh



Monday, 21 October 2013

Don't Messed Up Your Subuh

Salam

Quick post on the the importance of taking care of your prayers (solat).

Last week on Friday morning, I was kind of woke up nearly 7 a.m since I was woken up in the middle of the night due to a client Whatsapp-ed me at 3 am! What were you thinking dude? It's not my personal client by the way. It's the firm's client. Oh my. Don't you know the borderline on when to text or call someone..? duh.

Must know people's limit and privacy. Please.

The point is that since I woke up late, I missed my Subuh prayer and it's already passed syuruk time.
So, the day just got messed up too!
I was rushing here and there. I wanted to go to the SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) first to apply for an express CTC (Certified True Copy). All documents were ready but it got rejected since I forgot to tie it with a green string. I thought since it was just 3 pages of a document, it doesn't need the green string. Alas, it is still subjected to the rules of using the green string when submitting any Forms to the SSM. I got frustrated since the file been delayed for quite some times. I thought I could come back after searching or buying the green string somewhere around the place. I even borrowed a paper puncher from The Store to punch those papers! Urgh.

 But then, I was called by a colleague to go back to the office immediately since the boss wanted the documents that were with me. Documents I picked up from Les' Copaque. (sounds familiar eh? Yes. The makers of Upin & Ipin.). I need to travel 9 KM back and forth just to submit the documents...Plus, I need to go back to SSM to submit the application after I got the green string! Talk bout time management and mileage and fuel consumption! It's not really about mileage since I can reimburse from the firm but it's about time that being wasted.

I got back to SSM after Friday prayers after having lunch with my friends. The queue was just ridiculous. I thought i could just jumped the line since it was just a minor thing (yeah. The green string!).  But i still need to queue and such. It was almost 4 pm and i didn't perform my Zohor prayer yet. *sigh*. I took the number and I went to the surau. I prayed Zohor and Asar and came back to SSM. I just missed my number! haih. Just a slight miss.

I'm supposed to pick up documents in U8 but I didn't since I came back late to the office. The office was locked and no one is on standby at the office if there's any calls or if any courier came in. I'm responsible to be on stand by for those things. How irresponsible I am on that day. Since the office was locked, one of the boss was locked out from the office. How miserable I was at that time.

It's all because I messed up with my Subuh prayer (solat). You neglect your solat, your daily routine will go haywire.

www.terbaek.net
Picture courtesy from www.terbaek.net

Saturday, 19 October 2013

Seperti Semut Mencari Air Masak

Salam

Pagi Ahad selepas sarapan yang agak berat,,bihun goreng separuh dan sambal sotong..terus capai Herbalife TeaMix panas supaya cepat bakar balik makanan yang di makan dengan tingkatkan kadar metabolisma badan. Lepas tu memang rasa badan panas berpeluh-peluh la. heh.
Nak di jadikan cerita, masa nak buka botol teamix tu, nampak semut duk hurung botol teamix tu,
haih..

Bukan sebab teamix tu manis. Teamix tu tak ada kandungan gula langsung. Kalori sangat rendah. 5kcal sahaja per serving. Semut tu tertarik dengan bau hibiscus (bunga raya) dalam ekstrak teamix tu.
Semut pun nak rasa teamix. Manusia tak nak ke? *wink*

Nak tekankan kat sini yang peibahasa 'Ada Gula Ada Semut' tu macam dah tak relevan untuk masa sekarang. Mesej tu jelas. Tapi kiasan tu dah macam lari sikit.
Semut pun reti nak cari air mineral(air masak). Manusia? sikit-sikit air manis..air berais..

Waktu zaman Diploma kat Terengganu dulu, pernah cuba buat eksperimen memandangkan semut-semut suka lalu-lalang kat kolej kayu kami kan,,Saya tabur gula pasir atas meja. Takde sekor pun berhenti. Saya cuba lagi dengan larut air dengan gula. Pun takde sekor berhenti apatah lagi nak hurung. Kalau ada pun, semut-semut yang curiga dan semut-semut yang ingin tahu. duhhh

Kalau ada bekas air masak, tempat tu la semut-semut tu hurung dulu. Siap nak terjun masuk dalam bekas air masak tu lagi.
 Kekadang terdetik dalam hati "apa benda la semut ni. Kut nak minum air masak pun tapi kalau dah terjunam dalam bekas ni, tak ke mati jugak?" adeh. Tu la beza manusia dan serangga atau haiwan. aha.

Kat rumah ni memang tu la masalah dia. Bila nak minum air masak yang ada dalam bekas air tu, kena tengok ada semut ke tak. Patut la sembap dan lembap je rasa. Duk minum air semut rupa nyaaa....

Semut dah tak nak cari gula dahh.. nanti kencing manis!
Manusia je tak reti nak insaf.




Friday, 18 October 2013

The Sins

Salam

A quick post about sins which suddenly came out of nowhere. 

In my opinion, the worst sin that people could commit would be the sin of killing people and zina.

Because? 
Those two acts are considered as one-time-crime or sin. Once you commit, no way to turn around. It's not that you can't repent but you can get the picture right? 
Once you kill a person, that person is already dead. End of story. 
Just like zina. One night stand and that's all. Your dignity has gone. Just like that. The pleasure is for that time but the sins you committed will be there forever. Let alone having a child out of wedlock! Na'uzubillah...

I didnt say that other sins are no less than these two but these two are that type of act you did it once, it will stay as it is. Forever.
Get the point? 

So, lets be sincere when we repent and promise that you wouldnt be committing sins especially those big sins. Do not turn back to the dark days of yours. 

Lets istighfar.. 

Thursday, 17 October 2013

Projek Antologi Cerpen #SusurMasa

Salam.

Saya baru dapat email dari seseorang di Twitter yang nak cari bakat baru dalam bidang penulisan. Mungkin juga karya di terima untuk projek penulisan yang akan di terbitkan akan datang. Kebetulan tengok Timeline(TL) semalam dan ada orang ReTweet (RT) pasal peluang penulisan ni. Apa lagi, terus mention @_ahmadboii and bagi email. Lama gila weh tak menulis. Kali terakhir menulis masa entri untuk kolum travel untuk Majalah Hijabista. Entah terima ke tak entri tu. Ye lah, faham-faham la kalau majalah tu pasal fesyen dan trend terkini, takkan nak terima artikel yang saya tulis banyak pasal penggembaraan dan sejarah ketika melawat Filipina. haihh... Tengok la macam mana kalau keluar. Tak pernah pun nak belek majalah tu sebenar nya. Bukan apa, kecik hati tengok model lawa-lawa jadi cover girl kat majalah tu. Siapa lah kita ni. Pakai tudung pun tudung bawal RM10 jeee..

Ni email daripada @_ahmadboii...

Assalam,

Aku nak kasi details sikit pasal projek cerpen Susur Masa ni. Tujuan aku buat projek ni adalah untuk cari penulis penulis yang baru dan maybe aku akan masukkan korang dalam upcoming project yang lain.

Ok, syaratnya adalah korang kena tulis cerita pendek yang bertemakan 'susur masa' / 'timeline'. Tak kisah lah cerita cinta / gaduh / fantasi / ketuhanan/ tweetfamous / fesbuk famous, Asalkan cerita korang tak lari dari konsep susur masa dan perihal yang berlaku di susur masa.

Cerpen yang dibuat mestilah dalam 2000 patah perkataan. Lebih sikit pun orait, kurang sikit pun orait. Pandai pandai la bajet.

Tarikh submission cerpen korang agak singkat iaitu sebelum 31 oktober 2013. Jadi korang ada lebih kurang 2 minggu untuk siapkan.

Lepas korang dah hantar cerpen korang dekat email aku ni, aku dan team aku akan pilih 15 cerpen terbaik untuk dipublishkan. Kalau cerpen korang terpilih, aku akan maklumkan balik dekat email korang dan maklumat seterusnya aku akan bagitahu balik.

Aku rasa itu saja buat masa sekarang. Kalau ada apa apa pertanyaan, korang boleh email ke aku balik, atau mention aku dekat twitter @_ahmadboii.

SELAMAT MENULIS!

Regards,
Syed Ahmad Al-Boii



Ada dua je cara nak dapat idea: Perah otak gila-gla buat brainstorming bagai atau duduk relax and tengok gelagat orang atau tengok pemandangan.
Serius.
Waktu macam ni la nak gunakan ilmu Intellectual Property yang ada kalau-kalau karya ni berjaya di terbitkan. heh.
Ye laaa...penat-penat tulis, orang ciplak. apa hal?

Tuesday, 8 October 2013

What Is Wrong With You,Pos Express?

Salam

Ya. Saya sememang nya tak senang duduk kat ofis tatkala waktu office hour nak habis.
persoalan nya "Di Manakah pos express ku wahai pos express malaysia?"
Pos Malaysia dan Pos Express Malaysia adalah dua cabang pos yang berlainan walaupun berkongsi operator di talian 1300300300 yang sama. heh.
Sebab tu bila saya tanya pasal pos saya kat Pejabat Pos Besar Shah Alam tu, mereka suruh call pejabat pos express kat Seksyen 21, kata nya.

Saya hantar Pos Ekpress ni 25 September 2013 kat peti kuning pos ekspress yang terletak di luar bangunan Pejabat Pos Besar Shah Alam. Saya anggap, mustahil lah pos ni sampai lambat sebab kat depan pejabat pos kottt!
Saya call balik client 2 hari kemudian. Client kata tak dapat dokumen lagi. Tak apa, tunggu hari Isnin minggu depan nya pula. Client bagitau mereka tak dapat lagi dokumen. Dokumen bank original tahu taaaakkk?
Tahu saja lah urusan conveyancing ni banyak pakai postage. Nak dokumen cepat sampai, kena la pakai Pos Ekspress. Di Jamin Sampai esok ye...? (sila sengih seorang diri)

Al-kisah sampai 8 Oktober pun dokumen masih tak di jumpai. Dah buat report mealui hotline 1300300300. Report number pun dah ada. Client sebelah sana duk call tanya dokumen dah sampai ke belum? Mana alasan nak korek nak bagitahu dokumen mereka dah hilang?!
Imej siapa yang tercalar?
Imej firma kami
Imej siapa yang 2x ganda kena calar?
imej yang pos kan dokumen tu (aku lah insan itu.....)
Takut bos dah tak percaya nak bagi aku pos apa-apa dah. =(
Saya memang siap-siap catit tracking number pos tu sebab sticker kuning pos tu memang kami lekatkan pada salinan surat acknowledgement letter  (standard cara kerja kami). Bila client dah terima dokumen kami, mereka tandatangan pada salinan surat kami menunjukkan mereka dah terima dokumen dari kami & hantar balik salinan surat tu.

Beri perhatian ye.
Stiker kuning (untuk simpanan pengirim) dan slip nipis dalam sampul pos express tu, jangan buang tau.
Selalu saya nampak (dan saya pun buat jugak), orang buang slip tu merata-rata sebab ingat
"eleh..slip tunjuk poskod dan kawasan serahan pos jerr".....kan?
slip dan stiker kuning tu penting kalau nak tuntut(claim) ganti rugi kalau pos anda hilang masa dalam transit.

Saya call hotline pos malaysia, di sebabkan stiker kuning tu ada sekali dalam dokumen yang di pos kan, macam mana laaaa saya nak pergi tunjuk stiker kuning tu untuk claim? Dia kata,itu atas budi bicara pejabat pos kalau nak terima ke tak. Yang best nya, dia kata kalau claim pun, pos ekpress malaysia hanya ganti dengan sampul pos baru =) =) =)
(tak tau nak gelak ke sengih.....)
Kalau setakat ganti sampul baru, kat ofis saya ada banyaaaaak lagi. Sampai hujung tahun pun cukup stok nak hantar dokumen. alahai pos ekspress malaysia.

Bayang kan la kalau ada yang pos duit..Kalau claim, di ganti nya dengan sampul baru. Tak tahu lah apa makian dan cercaan yang pos ekspress tu dapat, kan?


Saya yakin kalau orang pos tu buka peti kuning pos kat depan Pejabat Pos Besar Shah Alam tu, mesti ada parcel saya tu. Kadang-kadang ada posmen yang kumpul pos banyak-banyak, senang nak angkut sekali gus. haihhh.. Saya 'GOOGLE' juga kes-kes macam ni, ramai dah yang mengadu masalah sama.

Jangan la macam ni Pos Malaysia dan cabang-cabang serta anak syarikat pos malaysia sekalian... Sekarang banyak orang buat online business. Urusan postage ni memang urusan rasmi peniaga online sekalian.

Apa perlu kita buat?

typodetected.blogspot.com

Monday, 7 October 2013

Beza Pos Laju dengan Pos Parcel

Salam

Tugasan pagi hari di pejabat lepas dah ambil borang pos kat pejabat pos semalam.
Masa nak ambil borang, ada nampak 2 borang untuk kiriman barang Domestik (dalam negara).
Saya ambil la dua-dua borang ni sebab tak yakin mana saya nak di gunakan untuk kiriman parcel saya tu.
pagi-pagi pergi 'GOOGLE' beza antara Pos Laju dan Parcel tapi banyak topik yang jawab pertanyaan pasal  'Beza Pos Laju dan Pos Express
Q: Saya nak pos bungkusan/parcel yang ada dokumen untuk ke Sarawak. Borang mana patut di isi?
     Adakah dua-dua nya sama? 
     Ya. saya ambil dua-dua borang Domestik. (Jangan silap ambil yang International pula ye)

Kalau tak ada beza, kenapa ada dua borang berbeza?
adakah kiriman parcel tu akan sampai lambat sedikit berbanding kiriman pos laju?

Sebab saya pernah pos produk customer guna pos daftar ke Terengganu, caj di kenakan agak murah. Saya tak ingat berapa tapi bawah RM8 untuk saya pos Herbalife F1 Shake saya. Tapi, pos daftar memang lambat sikit la. Dalam seminggu baru sampai pada customer saya. 

Kesimpulan nya, borang mana yang patut saya guna untuk pos parcel seperti gambar di bawah entri ini?

(p/s: saya memang suka GOOGLE benda-benda yang tak pasti ni. Tapi kadang-kadang jawapan tak memenuhi kehendak saya. Maka, saya buat lah entri baru bagi sesiapa yang menghadapi kekeliruan macam saya ni)

*mungkin aku sorang je kot yang keliru. heh




Atas: Borang Parcel 'Parcel Consignment Note' untuk Domestik
Bawah: Borang Pos Laju Domestik


typodetected.blogspot.com
Parcel hendak di kirim ke Sarawak