Monday, 7 October 2013

Beza Pos Laju dengan Pos Parcel

Salam

Tugasan pagi hari di pejabat lepas dah ambil borang pos kat pejabat pos semalam.
Masa nak ambil borang, ada nampak 2 borang untuk kiriman barang Domestik (dalam negara).
Saya ambil la dua-dua borang ni sebab tak yakin mana saya nak di gunakan untuk kiriman parcel saya tu.
pagi-pagi pergi 'GOOGLE' beza antara Pos Laju dan Parcel tapi banyak topik yang jawab pertanyaan pasal  'Beza Pos Laju dan Pos Express
Q: Saya nak pos bungkusan/parcel yang ada dokumen untuk ke Sarawak. Borang mana patut di isi?
     Adakah dua-dua nya sama? 
     Ya. saya ambil dua-dua borang Domestik. (Jangan silap ambil yang International pula ye)

Kalau tak ada beza, kenapa ada dua borang berbeza?
adakah kiriman parcel tu akan sampai lambat sedikit berbanding kiriman pos laju?

Sebab saya pernah pos produk customer guna pos daftar ke Terengganu, caj di kenakan agak murah. Saya tak ingat berapa tapi bawah RM8 untuk saya pos Herbalife F1 Shake saya. Tapi, pos daftar memang lambat sikit la. Dalam seminggu baru sampai pada customer saya. 

Kesimpulan nya, borang mana yang patut saya guna untuk pos parcel seperti gambar di bawah entri ini?

(p/s: saya memang suka GOOGLE benda-benda yang tak pasti ni. Tapi kadang-kadang jawapan tak memenuhi kehendak saya. Maka, saya buat lah entri baru bagi sesiapa yang menghadapi kekeliruan macam saya ni)

*mungkin aku sorang je kot yang keliru. heh




Atas: Borang Parcel 'Parcel Consignment Note' untuk Domestik
Bawah: Borang Pos Laju Domestik


typodetected.blogspot.com
Parcel hendak di kirim ke Sarawak

No comments:

Post a Comment