Salam.
Saya baru dapat email dari seseorang di Twitter yang nak cari bakat baru dalam bidang penulisan. Mungkin juga karya di terima untuk projek penulisan yang akan di terbitkan akan datang. Kebetulan tengok Timeline(TL) semalam dan ada orang ReTweet (RT) pasal peluang penulisan ni. Apa lagi, terus mention @_ahmadboii and bagi email. Lama gila weh tak menulis. Kali terakhir menulis masa entri untuk kolum travel untuk Majalah Hijabista. Entah terima ke tak entri tu. Ye lah, faham-faham la kalau majalah tu pasal fesyen dan trend terkini, takkan nak terima artikel yang saya tulis banyak pasal penggembaraan dan sejarah ketika melawat Filipina. haihh... Tengok la macam mana kalau keluar. Tak pernah pun nak belek majalah tu sebenar nya. Bukan apa, kecik hati tengok model lawa-lawa jadi cover girl kat majalah tu. Siapa lah kita ni. Pakai tudung pun tudung bawal RM10 jeee..
Ni email daripada @_ahmadboii...
Assalam,
Aku nak kasi details sikit pasal projek cerpen Susur Masa ni. Tujuan aku buat projek ni adalah untuk cari penulis penulis yang baru dan maybe aku akan masukkan korang dalam upcoming project yang lain.
Ok, syaratnya adalah korang kena tulis cerita pendek yang bertemakan 'susur masa' / 'timeline'. Tak kisah lah cerita cinta / gaduh / fantasi / ketuhanan/ tweetfamous / fesbuk famous, Asalkan cerita korang tak lari dari konsep susur masa dan perihal yang berlaku di susur masa.
Cerpen yang dibuat mestilah dalam 2000 patah perkataan. Lebih sikit pun orait, kurang sikit pun orait. Pandai pandai la bajet.
Tarikh submission cerpen korang agak singkat iaitu sebelum 31 oktober 2013. Jadi korang ada lebih kurang 2 minggu untuk siapkan.
Lepas korang dah hantar cerpen korang dekat email aku ni, aku dan team aku akan pilih 15 cerpen terbaik untuk dipublishkan. Kalau cerpen korang terpilih, aku akan maklumkan balik dekat email korang dan maklumat seterusnya aku akan bagitahu balik.
Aku rasa itu saja buat masa sekarang. Kalau ada apa apa pertanyaan, korang boleh email ke aku balik, atau mention aku dekat twitter @_ahmadboii.
SELAMAT MENULIS!
Regards,
Syed Ahmad Al-Boii
Ada dua je cara nak dapat idea: Perah otak gila-gla buat brainstorming bagai atau duduk relax and tengok gelagat orang atau tengok pemandangan.
Serius.
Waktu macam ni la nak gunakan ilmu Intellectual Property yang ada kalau-kalau karya ni berjaya di terbitkan. heh.
Ye laaa...penat-penat tulis, orang ciplak. apa hal?
No comments:
Post a Comment