Salam
Pagi Ahad selepas sarapan yang agak berat,,bihun goreng separuh dan sambal sotong..terus capai Herbalife TeaMix panas supaya cepat bakar balik makanan yang di makan dengan tingkatkan kadar metabolisma badan. Lepas tu memang rasa badan panas berpeluh-peluh la. heh.
Nak di jadikan cerita, masa nak buka botol teamix tu, nampak semut duk hurung botol teamix tu,
haih..
Bukan sebab teamix tu manis. Teamix tu tak ada kandungan gula langsung. Kalori sangat rendah. 5kcal sahaja per serving. Semut tu tertarik dengan bau hibiscus (bunga raya) dalam ekstrak teamix tu.
Semut pun nak rasa teamix. Manusia tak nak ke? *wink*
Nak tekankan kat sini yang peibahasa 'Ada Gula Ada Semut' tu macam dah tak relevan untuk masa sekarang. Mesej tu jelas. Tapi kiasan tu dah macam lari sikit.
Semut pun reti nak cari air mineral(air masak). Manusia? sikit-sikit air manis..air berais..
Waktu zaman Diploma kat Terengganu dulu, pernah cuba buat eksperimen memandangkan semut-semut suka lalu-lalang kat kolej kayu kami kan,,Saya tabur gula pasir atas meja. Takde sekor pun berhenti. Saya cuba lagi dengan larut air dengan gula. Pun takde sekor berhenti apatah lagi nak hurung. Kalau ada pun, semut-semut yang curiga dan semut-semut yang ingin tahu. duhhh
Kalau ada bekas air masak, tempat tu la semut-semut tu hurung dulu. Siap nak terjun masuk dalam bekas air masak tu lagi.
Kekadang terdetik dalam hati "apa benda la semut ni. Kut nak minum air masak pun tapi kalau dah terjunam dalam bekas ni, tak ke mati jugak?" adeh. Tu la beza manusia dan serangga atau haiwan. aha.
Kat rumah ni memang tu la masalah dia. Bila nak minum air masak yang ada dalam bekas air tu, kena tengok ada semut ke tak. Patut la sembap dan lembap je rasa. Duk minum air semut rupa nyaaa....
Semut dah tak nak cari gula dahh.. nanti kencing manis!
Manusia je tak reti nak insaf.
No comments:
Post a Comment