Salam
Ya. Saya sememang nya tak senang duduk kat ofis tatkala waktu office hour nak habis.
persoalan nya "Di Manakah pos express ku wahai pos express malaysia?"
Pos Malaysia dan Pos Express Malaysia adalah dua cabang pos yang berlainan walaupun berkongsi operator di talian 1300300300 yang sama. heh.
Sebab tu bila saya tanya pasal pos saya kat Pejabat Pos Besar Shah Alam tu, mereka suruh call pejabat pos express kat Seksyen 21, kata nya.
Saya hantar Pos Ekpress ni 25 September 2013 kat peti kuning pos ekspress yang terletak di luar bangunan Pejabat Pos Besar Shah Alam. Saya anggap, mustahil lah pos ni sampai lambat sebab kat depan pejabat pos kottt!
Saya call balik client 2 hari kemudian. Client kata tak dapat dokumen lagi. Tak apa, tunggu hari Isnin minggu depan nya pula. Client bagitau mereka tak dapat lagi dokumen. Dokumen bank original tahu taaaakkk?
Tahu saja lah urusan conveyancing ni banyak pakai postage. Nak dokumen cepat sampai, kena la pakai Pos Ekspress. Di Jamin Sampai esok ye...? (sila sengih seorang diri)
Al-kisah sampai 8 Oktober pun dokumen masih tak di jumpai. Dah buat report mealui hotline 1300300300. Report number pun dah ada. Client sebelah sana duk call tanya dokumen dah sampai ke belum? Mana alasan nak korek nak bagitahu dokumen mereka dah hilang?!
Imej siapa yang tercalar?
Imej firma kami
Imej siapa yang 2x ganda kena calar?
imej yang pos kan dokumen tu (aku lah insan itu.....)
Takut bos dah tak percaya nak bagi aku pos apa-apa dah. =(
Saya memang siap-siap catit tracking number pos tu sebab sticker kuning pos tu memang kami lekatkan pada salinan surat acknowledgement letter (standard cara kerja kami). Bila client dah terima dokumen kami, mereka tandatangan pada salinan surat kami menunjukkan mereka dah terima dokumen dari kami & hantar balik salinan surat tu.
Beri perhatian ye.
Stiker kuning (untuk simpanan pengirim) dan slip nipis dalam sampul pos express tu, jangan buang tau.
Selalu saya nampak (dan saya pun buat jugak), orang buang slip tu merata-rata sebab ingat
"eleh..slip tunjuk poskod dan kawasan serahan pos jerr".....kan?
slip dan stiker kuning tu penting kalau nak tuntut(claim) ganti rugi kalau pos anda hilang masa dalam transit.
Saya call hotline pos malaysia, di sebabkan stiker kuning tu ada sekali dalam dokumen yang di pos kan, macam mana laaaa saya nak pergi tunjuk stiker kuning tu untuk claim? Dia kata,itu atas budi bicara pejabat pos kalau nak terima ke tak. Yang best nya, dia kata kalau claim pun, pos ekpress malaysia hanya ganti dengan sampul pos baru =) =) =)
(tak tau nak gelak ke sengih.....)
Kalau setakat ganti sampul baru, kat ofis saya ada banyaaaaak lagi. Sampai hujung tahun pun cukup stok nak hantar dokumen. alahai pos ekspress malaysia.
Bayang kan la kalau ada yang pos duit..Kalau claim, di ganti nya dengan sampul baru. Tak tahu lah apa makian dan cercaan yang pos ekspress tu dapat, kan?
Saya yakin kalau orang pos tu buka peti kuning pos kat depan Pejabat Pos Besar Shah Alam tu, mesti ada parcel saya tu. Kadang-kadang ada posmen yang kumpul pos banyak-banyak, senang nak angkut sekali gus. haihhh.. Saya 'GOOGLE' juga kes-kes macam ni, ramai dah yang mengadu masalah sama.
Jangan la macam ni Pos Malaysia dan cabang-cabang serta anak syarikat pos malaysia sekalian... Sekarang banyak orang buat online business. Urusan postage ni memang urusan rasmi peniaga online sekalian.
Apa perlu kita buat?
No comments:
Post a Comment