Monday, 7 October 2013

Old Post: I Can Sense Death

Re-Post
Yes. Scary but true story bro
I believe there are few or many others who experienced such thing.
maybe it's a sign from Allah.


Salam.
Scary huh?? :O
The topic of this post is actually based on the movie 'Sixth Sense', when that boy (i cant recall his name) saying "i can see dead people".
Mine is quite similar but i dont see dead people (Nauzubillah/ God forbidden).
Lately, i just keep getting uneasy feelings. It started once before my final exams. Then, during my finals, i had this unease feelings for almost three to four days. Along that time, i kept receiving or reading about death news. Nauzubillah. It may be a coincidence but it surely scared me!
The thought of death is just terrifying. I thought that i might be facing death since people said that those who are near to death will get those 'feeling' , somewhat 'premonition' that they would die. Nauzubillah.
However,during that period of time,after i got that uneasy feelings, then i read/received death news either on Twitter or Facebook. After i heard that news, that uneasy feeling (rasa tak sedap hati) disappeared.
That feeling is not in continuous. I think i'm almost crazy at that moment.
Aku pernah baca satu tweet ni yang kata, kalau ada rasa berdenyut kat dahi/kening lepas waktu asar,tu tanda nya tu asar terakhir dia. (menakutkan bukan?)
Perasaan tak sedap hati tu muncul kejap pastu hilang masa final exam semester tiga. Aku nak sedapkan hati,ingat tu perasaan nervous sebab exam. Lepas habis paper Moral&Ethics pada 17Januari lepas, aku dengan kawan2 keluar makan dekat Tupai-Tupai. Masa nak keluar kereta,aku terasa kening belah kiri atas aku berdenyut. Masa tu, seriau bukan main. Meremang bulu tengkuk aku.aku bagitahu kat dua orang kawan aku yang tumpang kereta aku tu. Sorang cakap,yang dia pernah dengar pasal tanda2 akhir orang nak mati. Lagi la aku kecut perut. Seorang ni pun meng iya kan.tapi dia kata,dia pun pernah beberapa kali rasa berdenyut tu.dia kata jangan risau lah. Aku saja bergurau supaya diorang doakan aku panjang umur tapi kawan aku yang tenangkan aku tu pesan supaya kalau berdoa bukan sahaja panjang umur. Doa lah kalau di kurniakan usia yang panjang, minta supaya umur di berkati.apa guna usia panjang tapi selalu buat maksiat kan?
Oleh sebab itu, selalu lah doa agar kita di matikan dalam iman (mati dalam khusnul khatimah).
Lepas kejadian tu,esok nya,asal masuk asar je,aku dah seriau. Macam tunggu masa nak mati je. Ya Allah, takut nya perasaan ini. Balik je rumah untuk cuti semester,aku bagitau mak aku yang aku rasa tak sedap hati,aku bagitau yg aku dapat rasa ada orang nak mati. Mak aku cakap,setiap hari orang mati. Mak aku cuba buat aku tenang. Lega la juga bila dapat luahkan dekat mak. Perasaan tu berlarutan selama beberapa hari. Kali terakhir aku rasa tak sedap hati masa petang Arwah Izwan Pilus meninggal dunia.tapi perasaan tu tak kuat sangat macam yang sebelum ni. Aku bagitau mak aku yang aku ada rasa tak sedap hati petang tu. Pastu aku check twitter,diorang bagitau Arwah Izwan, meninggal dunia. Tapi mak aku kata "ish,merepek je lah". :/
Aku mengadu kat kawan aku melalui BBM,dia bagitahu yang bagus lah kalau aku ingat mati. Satu perbuatan yang bijak. Dia kata tu mungkin bisikan Iblis laknatullah. Dia pesan supaya aku banyakkan selawat dan baca surah Al-Hasyr.
Kemudian,perasaan tu hilang kejap sebab aku "off duty" aka ABC (Allah bagi cuti).
Sekarang,masa tengah tulis post ni,perasaan tak sedap hati tu datang balik. Masalah nya,perasaan tu bukan rasa tak sedap hati pasal benda buruk nak berlaku. Perasaan tu macam terarah kepada kematian,macam ada orang nak mati. Nauzubillah.
Bila ingat balik, cuti hujung minggu ni sempena Maulud Nabi, aku satu family nak pergi Penang,ada kenduri kahwin. Ikut planning,aku akan drive ke Penang. Bila aku fikir2 balik, aku harap tak berlaku kejadian apa-apa sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Penang tu. Seriau sangattttt. Allahuakbar.
Aku pun ada terfikir,semenjak perasaan tak sedap hati tu datang,aku terfikir nak buat wasiat. Sebab alang-alang belajar subjek Equity and Trust kannnn... ;)
Kita tak tahu bila kematian itu datang. Kita kena persiapkan diri. Yang mana urusan dunia ni,kita cepat-cepat selesaikan.Contoh nya,macam harta,hutang dsb.
Aku memang ada nak buat personal will dan aku akan post kan dekat blog. Walaupun aku tak tahu la siapa akan baca,tapi sekurang-kurang nya, dah di publish kat Internet,kan?
Apa-apa pun, aku doakan agar aku dan ahli keluarga serta ahli keluarga lain selamat, di panjangkan usia dan di tetapkan iman. (Amiinnn).
Aku takut nak buat will atau wasiat tu sekarang,takut rasa macam nak mati pula. Ish! Tapi memang itu benda yang pasti,kan?
Nak taip entri ni pun dada aku berdebar-debar.nak tulis kata-kata terakhir pun jari aku dah rasa sejuuuuk je. Takut orang ingat ni kata-kata terakhir aku.
Ya Allah, hilangkan lah perasaan gundah gulana ku ini berilah ketenangan pada hati ini.
Mungkin Allah nak bagi petunjuk,kot....?
Tapi kalau betul aku ada sixth sense yang dapat rasa kematian, ish...mintak simpang. Tak tenang,TAHU???
P/S,sekira nya apa-apa berlaku,doakan lah untuk kesejahteraan aku dan keluarga aku ye. Sedekahkan Al-Fatihah dan apa-apa yang patut lah.(ok..sumpah seriau bila aku tulis ni)
Syara aqilah bt Sakdon :-)
*nak post entri ni kat Twitter.jarap ada orang baca dan bagi nasihat ke, supaya aku berasa tenang.* terima kasih :-)

No comments:

Post a Comment